Buaian berayun sendiri. Misteri !

 
Buaian berayun sendiri menjadi misteri di daerah Firmat, Argentina kerana ia berlaku tanpa henti selama 10 hari !

Para penduduk menafikan sebarang bentuk input luar seperti angin yang menyebabkan buaian itu berayun tanpa henti kerana tempat itu merupakan tempat yang kering dan sukar mendapatkan angin laju sepanjang tahun. Kisah ini menggemparkan seluruh Argentina sehingga mendapat liputan besar seluruh negara. Wartawan The Sun juga turut datang menyaksikan sendiri fenomena yang pelik dan menyeramkan ini.

Penduduk mendakwa, buaian berayun sendiri tanpa henti ini disebabkan oleh kematian kanak-kanak di kejiranan mereka yang sepanjang hayatnya semasa hidup, kanak-kanak itu gemar bermain disitu. Kanak-kanak itu meninggal dunia kerana terjatuh dari buaian tersebut dan sepanjang minggu selepas kematiannya, lokasi itu terus diselubungi misteri.


Comments

Popular Posts