Pelacur Antara Tetamu Ejen AS


WASHINGTON – Seramai 21 wanita, sebahagiannya pelacur, dibawa masuk bilik hotel penginapan ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat dan anggota tentera minggu lalu dengan setiap seorang diberi AS$60 (RM180), kata seorang senator Republikan, kelmarin.

“Sebelas 11 ejen sulit terbabit. Seramai 20 atau 21 wanita asing dibawa ke hotel manakala anggota Marin terbabit dengan selebihnya,” kata Senator Susan Collins dari Maine menerusi e-mel, selepas diberi taklimat oleh pengarah Perkhidmatan Rahsia, Mark Sullivan.

Stesen CBS News melaporkan, pasukan pengawal Presiden Barack Obama sedang berparti di sebuah kelab tarian bogel ‘The Pley,’ 48 jam sebelum Obama tiba di Colombia.

Sebelas ejen sulit dan 10 anggota tentera menemui wanita berkenaan dan membayar AS$60 setiap seorang untuk datang ke hotel Cartagena, tempat penginapan mereka.

NBC News pula melaporkan, dua penyelia ejen dan tiga anggota pasukan gerak khas adalah antara 11 petugas yang dituduh terbabit dalam salah laku di Colombia.

Sumber polis tempatan berkata, ejen terbabit membawa masuk pelacur ke bilik hotel mereka sebelum Obama tiba.

“Sullivan wajar berang dengan tindakan ejen terbabit dan sedang melancarkan siasatan dalaman secara intensif. Beliau mengarahkan semua ejen terbabit pulang ke Washington dengan segera dan semua sudah disoal,” kata Collins, anggota Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat.

Semakin banyak butir-butir kejadian yang mencemarkan lawatan Obama ke Sidang Negara Amerika di Cartagena, disiarkan sejak kelmarin.

Jurucakap Marin, berkata dua petugas unit anjing yang ditetapkan menyokong pasukan Perkhidmatan Rahsia sedang disiasat bagi menentukan sama ada mereka terbabit ‘mendapatkan’ pelacur.

Kapten Kevin Schultz berkata, anggota Marin itu sebahagian daripada ahli pasukan tinjauan dan tidak berhubung secara langsung dengan Presiden.

Seorang lagi ahli perundangan yang menyoal Sullivan ialah Peter King dan beliau berkata, penyiasat Perkhidmatan Rahsia di Colombia sudah menemubual semua wanita yang terbabit.

“Hingga ini, tiada maklumat ada di kalangan mereka adalah anggota sindiket dadah atau pengganas mahupun jenayah terancang.

“Juga tiada tanda-tanda mereka yang mencari ejen berkenaan,” katanya, menjawab pertanyaan kemungkinan ejen dan askar Amerika diperangkap. King berkata, seorang ejen membawa masuk seorang wanita ke bilik mereka.

“Sebilangan ejen terbabit juga menganggap wanita berkenaan bukan pelacur,” katanya. – Reuters/Agensi

Comments

Unknown said…
aiyoo ? ...haish ,,,

Popular Posts