Ziana mahu lihat Anuar Zain berkahwin


Ramai sebenarnya artis yang Khalis tengok memang dah cukup syarat untuk kahwin.,tapi tak kawen2 lagi.. bukan senang nak cari calon..tapi kalau nak yang sempurna memang tak jumpa la gamaknya.. Kita boleh harap dia sempurna.. tapi kalau dah namanya dah kahwin..tak sah kalau tak pernah lawan kentut.. zaman belum kahwin maybe leh kontrol..dah kawen takdenya..

SUBANG JAYA: Penyanyi Ziana Zain,44, meluahkan hasrat mahu melihat adiknya, Anuar mendirikan rumah tangga dengan segera tetapi takut untuk menasihatinya berhubung perkara tersebut.

Ziana berkata, Anuar yang mencecah usia 42 tahun perlu memikirkan soal masa depan dan berusaha mencari calon isteri.

"Sebagai kakak saya memang ingin lihat adik saya berkahwin tetapi saya tidak pernah bertanya kepadanya mengenai soal itu kerana bimbang ia agak sensitif," ujarnya kepada mStar Online.

Ziana turut mendedahkan, Anuar sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet tetapi dia lebih tertarik kepada wanita bijak untuk dijadikan teman hidup.

Dalam pada itu, Ziana memberitahu dia tidak kisah siapa juga calon isteri adik kesayangannya itu asalkan wanita tersebut dapat membahagiakan Anuar.
"Mungkin orang ingat dia cerewet dalam memilih pasangan tetapi sebenarnya tidak. Namun dia suka kepada wanita yang bijak untuk dijadikan teman. Siapa pun pilihan dia, saya gembira untuknya," kata Ziana.
Betul jugak.. kalau tak dah orang sebar citer Anwar ni gay.. Tengok Yusry KRU..walaupun orang tuduh dia Gay..dapat jugak kawen ngan Lisa Surihani.. haa.. orangpun berhenti bawak mulut..ye tak?

Comments

Koding said…
Koding Berkata:
Aku pun heran...
Apsal yang dia ni tak kawen2 lagi...

Popular Posts