Kisah disebalik Universiti Stanford



Selain Oxford, Harvard, antara universiti lain yang kerap disebut namanya ialah Universiti Stanford. Tapi Khalis ada terbaca sebuah kisah bagaimana Universiti ini dibina.

Ianya mungkin dibina dengan sebuah cerita yang akan memberi pengajaran pada kita.

Khalis ringkaskan ceritanya..

Ianya bermula pada suatu hari di mana sepasang suami isteri telah pergi ke Universiti Harvard. Mereka tidak berpakaian seperti orang bangsawan, tidak seperti orang berada. Mereka pergi dalam keadaan seperti orang kebanyakan.

Apabila sampai ke pintu masuk Harvard, mereka telah meminta kebenaran dengan setiausaha untuk berjumpa dengan pengarah Harvard. Kerana S/u melihat pasangan suami isteri ini seperti orang susah, dia tidak mempedulikan permintaan malah membiarkan sahaja pasangan itu selama 4jam.. Tujuannya ialah menghalau mereka.

Kerana tidak berdaya menanti lagi, suami isteri telah menyerbu masuh secara paksa untuk berjumpa dengan pengarah universiti.

Nak tak nak, pengarah universiti terpaksa melayan..

Khalis wat dialog k?

Pengarah : Kenapa datang incik..mak incikkk(pandangan sinis)
Pasangan : Kami datang sebab anak kami baru sahaja meninggal. Dia merupakan pelajar di sini.
pengarah : So, wat?
Pasangan : Kami ingat nak bina sesuatu untuk anak kami.. demi mengenangkan anak kami..
pengarah : No..no.. nooo.. tak boleh.. nanti Universiti ini jadi tempat tugu kematian.. serammm..
Pasangan : Tidak... kami nak bina sebuah bangunan.. dan menamakan bangunan itu anak kami.
Pengarah : Hahhaha.,. nak bina bangunan? tahu tak? nak bina Universiti ni menelan belanja 7.5 juta tahu!!

Bila terdengan 7.5 juta.. si suami berkata pada isterinya

Suami : 7.5 juta? baik kita buat sebijik universiti baru..
Isteri   : A'ah la bang,,. jom kita balik.. kita buat universiti..

Begitulah Khalis olah.. harap korang faham.. Pasangan suami isteri yang dimaksudkan ialah Senator dan Pemimpin Parti Republik Leland Stanford dan isterinya, Jane Stanford.

Dan universiti telah dibina dengan nama Universiti Stanford sempena nama anak tunggal mereka..

Pengajarannnya? Fikir sebelum cakap.. jangan main lepas mulut je.. nampak cam sengkek ingat orang takde duit ke?huhh..

err..betul ke pengajarannya camni? share2 la kalau rasa ada pengajaran ek...

Comments

Anonymous said…
stadium chelsea, stanford bridge pown dia punya kot??

Popular Posts